My Add

Monday 12 March 2012

IPP Malaysia meningkat 0.2 peratus pada Januari

KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 Mac, 2012: Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia (IPP) pada Januari 2012 meningkat 0.2 peratus berbanding dengan bulan yang sama 2011.

Peningkatan IPP itu adalah berikutan kenaikan indeks pembuatan dan elektrik, yang masing-masing meningkat 1.2 peratus dan 2.7 peratus.

Bagaimana pun, indeks perlombongan turun 2.7 peratus kata Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, IPP Disember 2011 telah disemak semula kepada 2.9 peratus tahun ke tahun.

Jabatan itu berkata, pengeluaran pembuatan pada Januari 2012 menokok 1.2 peratus berbanding Januari 2011.

Pengeluaran pembuatan yang lebih tinggi sebahagian besarnya disumbang oleh kenaikan produk petroleum, kimia, getah dan plastik (2.9 peratus), produk mineral bukan logam, logam asas, dan produk logam yang direka (5.9 peratus) dan produk makanan, minuman dan tembakau (16.4 peratus). — BERNAMA

No comments:

Post a Comment