My Add

Tuesday 20 March 2012

Isu kecuaian dalam laporan ketua audit masih disiasat

KUALA LUMPUR, SELASA, 20 Mac, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, siasatan masih lagi dibuat terhadap isu-isu kecuaian yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Namun katanya, masih tiada lagi pihak yang dipertanggungjawabkan secara rasmi sehingga kini.

"Tiada Menteri, Timbalan Menteri dan pegawai yang dipertanggungjawabkan secara rasmi terhadap kegagalan mematuhi peraturan kewangan, pengurusan, perolehan harga tinggi, ”not value for money” (bukan nilai untuk wang) dan sasaran tidak tercapai yang dilaporkan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah).

Fong ingin tahu berapa ramai Menteri, Timbalan Menteri dan pegawai yang telah dipertanggungjawabkan dan apakah kes spesifik dan tindakan termasuk soal siasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Najib yang juga Menteri Kewangan memaklumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan surat kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Jabatan Persekutuan dan Setiausaha Kerajaan Negeri supaya mengambil tindakan susulan terhadap isu yang dilaporkan dalam laporan itu.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment