My Add

Tuesday 20 March 2012

Isu MAS: Siasatan MyCC tidak dipengaruhi mana-mana pihak

KUALA LUMPUR, SELASA, 20 Mac, 2012: Siasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ke atas perjanjian pertukaran saham antara Malaysian Airline dan AirAsia Bhd. tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana pihak, termasuk kerajaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, siasatan serta sebarang keputusan oleh MyCC tidak akan dipengaruhi kerana MyCC merupakan sebuah badan bebas.

"MyCC dipengerusikan oleh Tan Sri Siti Norma Yaakob, seorang bekas hakim yang berintegriti tinggi, dan saya yakin kemampuan MyCC untuk tentukan keputusan dalam kes ini,” katanya.

Tan Sri Siti Norma Yaakob, Bekas Hakim Besar Malaya dilantik sebagai Pengerusi MyCC pada 1 April, 2011 untuk mengetuai MyCC sebagai badan pemantau yang diyakini dapat membantu mengurangkan monopoli dan pakatan mengawal harga sesuatu barangan dalam industri serta tidak memberi kesan buruk kepada aktiviti perdagangan tempatan.

Ismail berkata, siasatan oleh MyCC itu dibuat demi kepentingan orang ramai.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment