My Add

Tuesday 13 March 2012

Jakim pantau laman web seks songsang

KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 Mac, 2012: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa memantau aktiviti golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) termasuk laman-laman web yang mempromosikan seks songsang.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, pemantauan itu turut mendapat kerjasama daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut beliau, sehingga kini pihaknya hanya memantau, namun penguatkuasaan masih belum dilaksanakan memandangkan tindakan itu melibatkan undang-undang syariah di peringkat negeri.

''Jakim telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi memantau golongan seks songsang, selain mengadakan program-program dakwah untuk mereka secara berkala.

''Alhamdullilah, ada yang kembali ke pangkal jalan dan ada juga daripada kalangan mereka bangkit memberi kesedaran terhadap rakan-rakan lain yang turut mengamalkan seks songsang,'' katanya pada sidang akhbar selepas majlis pengumuman lima peserta akhir program realiti, Adik-adikku musim ketiga di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment