My Add

Sunday 4 March 2012

Jangan politikkan aset angkatan tentera: Zahid Hamidi

MELAKA, AHAD, 04 Mac, 2012: Ahli politik khususnya daripada parti pembangkang diingatkan supaya tidak lagi mempolitikkan aset angkatan tentera sehingga boleh memudaratkan pertahanan negara. 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ahli politik perlu tahu membezakan soal pertahanan negara dengan politik yang mempunyai garis pemisah antara kedua-duanya.

Beliau berkata, pembangkang sebelum ini menjadikan beberapa aset pertahanan negara sebagai modal politik yang akhirnya terbukti tidak berasas.

"Dulu apabila kapal terbang tidak ada enjin mereka menyindir saya, jelas bukan Menteri Pertahanan atau Panglima Angkatan Tentera Udara ataupun pegawai (yang terbabit) tetapi ia dicuri seorang sahaja dan kita sudah melakukan pendakwaan.

"Apabila kapal selam didakwa tidak boleh menyelam, kita bawa dia (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng) menyelam," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan rasmi kapal selam SMD Ouessant Agosta daripada Kementerian Pertahanan kepada kerajaan negeri Melaka yang diwakili Ketua Menterinya Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment