My Add

Friday 9 March 2012

Janji turun harga minyak RM1

PULAU PINANG, KHAMIS, 08 Mac, 2012: Selepas menabur janji manis kepada rakyat Selangor, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan kaedah sama untuk memikat hati rakyat di negeri ini bagi meraih undi pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam ceramahnya sempena lawatan ke Little India di sini, Anwar berkata, pembangkang akan menurunkan harga minyak sebanyak RM1 jika mereka berjaya merampas Putrajaya.

“Semasa saya menjadi Menteri Kewangan dulu, keuntungan hasil jualan minyak adalah sebanyak RM30 bilion setahun tetapi pada hari ini keuntungannya mencecah RM90 bilion setahun.

“Baru-baru ini saya ada bertemu seorang menteri di Turki dan India. Mereka bimbang kerana semakin banyak minyak yang terpaksa diimport tetapi negara kita pula sebaliknya mengeksport minyak.

“Jadi jika menang, saya akan umumkan harga minyak dikurangkan sebanyak RM1,” katanya ketika berucap di depan kira-kira 200 penyokongnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment