My Add

Wednesday 14 March 2012

Jawatankuasa Pemandu strategi Pas

ALOR SETAR, SELASA, 13 Mac, 2012: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui penubuhan Jawatankuasa Pemandu merupakan antara strategi Pas untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang berikutan kebimbangan golongan tertentu terhadap situasi yang bakal dihadapi kerajaan Pas Kedah.

Beliau berkata, sebelum ini, Pas mengambil mudah perjalanan parti itu dalam menerajui pentadbiran negeri ini kerana menganggap semuanya berjalan lancar, tetapi membuat penilaian semula apabila timbul krisis dalaman Pas Kedah sehingga menubuhkan jawatankuasa berkenaan.

Bagaimanapun, kata beliau, penubuhan jawatankuasa tersebut bukanlah sesuatu yang pelik meskipun ia dianggotai orang luar dari Kedah kerana ia pernah diwujudkan di Kelantan pada 1990 yang mana beliau merupakan salah seorang ahlinya.

"Di kala mana semakin hampir dengan pilihan raya umum, jadi wujud suasana yang orang panggil ribut dalam cawan. Tentulah ada beberapa pihak bimbang dan takut apa akan jadi kepada kerajaan kita," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment