My Add

Wednesday 7 March 2012

Jelajah 1Malaysia 8 hingga 12 Mei ini dijangka meriah

PUTRAJAYA, RABU, 07 Mac, 2012: Selepas jelajah Le Tour de Langkwai (LTdL) 2012 melabuhkan tirainya minggu lepas, peminat sukan negara akan disajikan pula dengan perlumbaan berbasikal lebuh raya bertaraf antarabangsa, Jelajah 1Malaysia (J1M) 2012 dari 8 hingga 12 Mei ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perlumbaan jelajah tertua negara itu, yang merupakan platform melahirkan pelumba pelapis negara, dijangka meriah dan mendapat sambutan seperti LTdL.

"Kementerian akan terus membantu dalam mewujudkan kemeriahan malah PKBM (Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia) telah pun menyusun strategi dengan menggunakan laluan yang berbeza dengan LTdL iaitu laluan ke utara.

"Ini akan memberi peluang kepada orang ramai yang tidak berpeluang untuk menyaksikan LTdL untuk melihat kejaguhan pelumba-pelumba terbaik dunia,” katanya selepas merasmikan prapelancaran J1M 2012 di sini hari ini.

Perlumbaan yang memasuki edisi ke-48 tahun ini akan bermula di Stadium Merdeka pada 8 Mei dan berakhir di Dataran Merdeka di sini pada 12 Mei.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran, M. Maniam berkata, Stadium Merdeka dipilih sebagai tempat permulaan memandangkan venue tersebut merupakan warisan penting dalam perjalanan sejarah negara sama seperti perlumbaan itu sendiri.

J1M berstatus 2.2 ini akan melibarkan enam peringkat bermula di Stadium Merdeka ke Bandar Baru Kampar (161.5km), Bandar Baru Kampar-Kulim (201.8km), Kulim-Felda Chuping (168.8km), Kangar-Sungai Petani, Kedah (98.5km), Sungai Petani-Ipoh (193.4km) dan Ipoh-Dataran Merdeka (199.5km).— BERNAMA

No comments:

Post a Comment