My Add

Thursday 8 March 2012

Jentera pilihan raya UMNO diminta pecut 'gear lima'

AHMAD Maslan (kiri) mendengar perkara yang dibincangkan Md. Isa Sabu (tengah) dengan Shahidan Kassim pada Majlis Penerangan Perdana Isu Semasa di Kubang Gajah, Arau, malam semalam.

ARAU, RABU, 07 Mac, 2012: Jentera pilihan raya UMNO diminta bergerak lebih pantas sehingga menyamai kelajuan pemanduan 'gear lima' memandangkan tempoh Pilihan Raya Umum Ke-13 yang kian hampir.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, masa untuk bergerak pada kelajuan gear satu, dua dan tiga telah berlalu kerana sudah tiba masanya bergerak lebih laju bagi memantapkan jentera parti.

"Masa yang ada sekarang perlu diisi dengan kerja lebih kuat dan gigih bagi memastikan jentera UMNO sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.

"Ini penting supaya BN dapat terus kekal memerintah negara ini selepas PRU-13," katanya ketika berucap pada Majlis Penerangan Perdana Isu Semasa di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang, Kubang Gajah di sini malam tadi.

Ketulenan kepimpinan PM tonggak BN

Di KUALA LUMPUR, ketulenan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mengemudi pucuk pimpinan kerajaan dan parti merupakan tunjang kekuatan Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, keterbukaan Perdana Menteri mengakui kesilapan BN sehingga menyebabkan parti itu mengalami kekalahan pada pilihan raya umum lalu juga membuktikan ketulenan beliau dalam menerajui kepimpinannya.

Katanya, dengan mengakui kelemahan yang ada dan sedia untuk memastikan segala kesilapan diperbaiki, ia sedikit sebanyak dapat menarik kepercayaan dan memikat hati rakyat.

"Transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri meliputi semua bidang dan merangkumi semua kaum, jadi ia memberikan kelebihan kepada beliau sebagai seorang pemimpin dan mencerminkan kewibawaannya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment