My Add

Thursday 15 March 2012

JLKN tolak dakwaan kencing tikus punca kematian

KUALA LUMPUR, RABU, 14 Mac, 2012: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menolak dakwaan seorang pelatihnya, R. Vinoth meninggal dunia Isnin lalu kononnya berpunca daripada jangkitan wabak kencing tikus atau Leptospirosis.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil (gambar) berkata, pihaknya menafikan dakwaan mana-mana pihak yang membuat andaian sebelum menerima keputusan bedah siasat daripada hospital.

"Tidak adil apabila mana-mana pihak menuduh atau membuat andaian terhadap Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebelum Hospital Sungai Siput (HSS), Perak mengeluarkan laporan penuh keputusan bedah siasat.

"Kita minta supaya orang ramai termasuk ibu bapa yang mempunyai anak di kem tersebut tidak bimbang dan bersabar menunggu keputusan hasil bedah siasat kerana apa yang penting kita perlu memastikan mereka berjaya menamatkan sesi latihan pada 17 Mac ini dengan baik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

No comments:

Post a Comment