My Add

Tuesday 20 March 2012

JMM sifatkan polis pilih bulu

Oleh UMAVATHI RAMAYAH

KUALA LUMPUR, ISNIN, 19 Mac, 2012: Tindakan polis menahan 10 lelaki kerana kesalahan menampal poster anti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), baru-baru ini disifatkan sebagai pilih bulu.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, kumpulan tersebut sebenarnya berniat baik iaitu untuk memperjuangkan kepentingan masyarakat daripada golongan yang sedang merosakkan masa depan pelajar dan sistem kekeluargaan.

Menurut beliau, jika benar polis bersikap adil, pihak berkuasa tersebut seharusnya menahan kumpulan ah long dan pusat-pusat urut yang banyak menampal iklan mereka di merata-rata tempat.

''Ini sebaliknya, mereka (ah long dan pusat urut) dibiarkan, tetapi pihak yang memperjuangkan kesejahteraan masyarakat pula yang ditahan,'' katanya kepada pemberita di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment