My Add

Monday 12 March 2012

JPAM terus diberi kepercayaan latih pegawai PTD

JENGKA, AHAD, 11 Mac, 2012: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan terus diberikan kepercayaan sepenuhnya bagi menganjurkan program latihan untuk para pegawai tadbir dan diplomatik (PTD).

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata, program “Lead Camp PTD” untuk pegawai PTD dilihat berjaya dan memberi kesan positif kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan.

"Program itu juga dapat membangkitkan kesedaran tentang kepentingan ilmu pertahanan awam dalam diri pegawai dan masyarakat; menyediakan rakyat yang berilmu, berkemahiran dan peka terhadap sebarang kecemasan mahupun bencana sejajar dengan kesiapsiagaan awam,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup kursus program Lead Camp PTD siri 6 membabitkan 75 PTD di Pusat Latihan Awam Malaysia Wilayah Timur (Pulapat) Bandar Tun Abdul Razak, di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini seramai 843 PTD telah menamatkan program latihan itu diadakan di empat Pusat Latihan Pertahanan Awam di negara ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment