My Add

Tuesday 13 March 2012

JPP rancang projek mega majukan Terengganu

KUALA TERENGGANU, SELASA, 13 Mac, 2012: Beberapa projek mega membabitkan peruntukan besar sedang dirancang oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri tahun ini bagi memajukan Terengganu. 

Pegawai Kemajuan Negeri JPP, Ahmad Shahrom Yasin, berkata antara perancangan projek itu ialah pembinaan Sekolah Sukan di Gong Badak mmembabitkan peruntukan awal sejumlah RM25 juta dan pembinaan pusat tahanan dan latihan untuk penagih dadah di Besut yang membabitkan kos anggaran RM20 juta.

Katanya, tender bagi kedua-dua projek berkenaan akan dikeluarkan pada April ini sebelum pembinaannya dijadualkan bermula tidak lama lagi.

"Lain-lain projek yang akan dilaksanakan, berdasarkan sistem pelan yang disesuaikan mengikut keadaan, bagi tempoh dua tahun lagi ialah menaiktaraf 52 surau sekolah di seluruh negeri Terenganu membabitkan peruntukan kos RM4 juta. 

"Selepas dua tahun nanti, peruntukan bagi projek berkenaan seperti pembinaan sekolah sukan akan dinilai semula dan kosnya akan ditambah mengikut kesesuaian," katanya kepada pemberita selepas majlis Mesra Bersama Media anjuran Unit Komunikasi (UKOM) Kerajaan Negeri Terengganu yang turut dihadiri Pengarah UKOM, Shamsuddin Sulong di sini, hari ini. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment