My Add

Wednesday 7 March 2012

Jumlah dagangan naik 1.7% kepada RM101.39b pada Jan

KUALA LUMPUR, RABU, 07 Mac, 2012: Jumlah perdagangan Malaysia bagi Januari meningkat sebanyak 1.7 peratus kepada RM101.39 bilion berbanding Januari tahun lepas kata, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata eksport meningkat sebanyak 0.4 peratus kepada RM55.07 bilion daripada tahun lalu, manakala import lebih tinggi sebanyak 3.3 peratus kepada RM46.32 bilion.

Peningkatan eksport pada Januari sebahagian besarnya disumbangkan oleh eksport produk petroleum bertapis dan gas asli cecair yang bertambah serta harga yang lebih tinggi bagi produk berkenaan, katanya.

Di samping itu eksport besi, produk keluli, kimia dan produk kimia juga meningkat.

Mustapa berkata, Jepun, Singapura, China, Amerika Syarikat dan Thailand merupakan lima destinasi utama eksport pada Januari.

Eksport ke Asean berjumlah RM13.97 bilion, menyumbang 25.4 peratus jumlah eksport Malaysia pada Januari tahun ini.

Jumlah eksport ke perkumpulan serantau 10 anggota itu mencatatkan kenaikan 1.2 peratus daripada Januari tahun lepas, terutamanya disebabkan oleh eksport petroleum mentah, produk petroleum bertapis dan minyak sawit yang lebih tinggi. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment