My Add

Wednesday 7 March 2012

Jumlah kes baru HFMD di Sarawak turun kepada 143 kes

KUCHING, RABU, 07 Mac, 2012: Jumlah kes baru penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang dilapor di Sarawak hari ini turun kepada 143 kes berbanding 167 semalam.

Kenyataan bilik operasi HDMD negeri Jabatan Kesihatan Sarawak di sini berkata, penurunan kes itu dilapor di bahagian Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri.

Bagaimanapun jumlah kes baru di Kuching meningkat kepada 64 kes, diikuti Limbang (21), Mukah (11) dan Betong (tiga).

Jumlah pesakit yang masih dirawat di hospital ialah 10 di Hospital Besar Sarawak di sini, masing-masing dua di hospital Samarahan dan Miri dan masing-masing satu di hospital Sibu, Bintulu, Betong dan Kapit.

Pada masa ini tiada kes serius penyakit itu dilapor dan sehingga kini tiada kematian dicatat akibat HFMD di Sarawak.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment