My Add

Sunday 18 March 2012

Kaji semua formula agihan kerusi komponen BN

KOTA KINABALU, AHAD, 18 Mac, 2012: Barisan Nasional (BN) perlu mengkaji semula formula agihan kerusi di kalangan parti komponennya pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketua UMNO Penampang, Datuk John Ambrose.

Beliau berkata, BN sepatutnya menghapuskan amalan memperuntukkan semula kerusi kepada parti komponen yang bertanding pada pilihan raya umum sebelum ini.

"Amalan ini lebih banyak mendatangkan keburukan kepada BN kerana berdasarkan amalan ini, sesebuah parti komponen masih diberi peluang untuk bertanding tanpa mengira sama ada ia mempunyai calon boleh menang atau tidak

"Ini akan menyebabkan parti berkenaan berasa selesa kerana mereka tahu sama ada bekerja keras atau tidak, kerusi itu masih milik mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ambrose berkata, perkara ini akan melemahkan semangat parti komponen lain terutama anggotanya yang bekerja keras di sesuatu kawasan seumur hidup mereka, "namun masih tidak diberi peluang untuk bertanding". - BERNAMA

No comments:

Post a Comment