My Add

Wednesday 14 March 2012

Kalau berlaku PRU, usul belum selesai boleh ke penggal baru

KUALA LUMPUR, RABU, 14 Mac, 2012: Rang undang-undang, pindaan mahupun usul yang belum selesai dibincangkan dalam sesi Parlimen kali ini boleh dibawa ke sesi akan datang sekiranya Parlimen dibubar dan pilihan raya umum (PRU) diadakan dalam masa terdekat.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sekiranya Parlimen dibubar dalam masa terdekat, urusan mesyuarat yang tertunggak akan dibawa ke sesi seterusnya.

"Dalam hal ini, urusan mesyuarat pada penggal ke-12, akan dibawa kepada sesi penggal ke-13. Tidak timbul sebarang masalah," katanya di sini hari ini.

Perkara itu dirujuk kepada Wan Junaidi apabila timbul kekeliruan di kalangan rakyat bagaimana urusan-urusan mesyuarat yang penting termasuk rang undang-undang dan pindaan-pindaan kepada akta dapat diselesaikan pada sesi Dewan Rakyat kali ini.

Tambahan pula, Pilihan Raya Umum Ke-13 dikatakan semakin hampir berdasarkan petunjuk-petunjuk politik yang ada.

Dua undang-undang baru yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 masih dirangka dan kini berada di Jabatan Peguam Negara selain pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 yang akan memberi kebebasan kepada warga kampus untuk berpolitik. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment