My Add

Tuesday 13 March 2012

Kanak-kanak lelaki 4 tahun maut dilanggar kereta jiran

Oleh AZIAN AZIZ

KUALA LANGAT, SELASA, 13 Mac, 2012: Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang sedang melintas jalan untuk membeli aiskrim maut selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh jirannya di hadapan rumah mangsa di Taman Sri Jenjarom di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 petang ketika mangsa, Wafiyuddin Rosdi, anak bongsu daripada lima beradik sedang melintas jalan bersama seorang abangnya.

Kereta Perodua MyVi warna hitam yang melanggar mangsa pula sedang menghala keluar ke arah Pekan Jenjarom.

Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Banting sejurus selepas kemalangan itu meninggal dunia ketika dirawat di wad kecemasan akibat kecederaan parah di kepala kira-kira pukul 10.15 malam.

Abang mangsa pula tidak mengalami kecederaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment