My Add

Sunday 11 March 2012

Karnival 'Moh Lenjun' meriah

SEBAHAGIAN daripada pengunjung menyertai acara dan permainan yang disediakan oleh pengurusan Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) pada Karnival 'Moh Lenjun' anjuran bersama Kumpulan Utusan dan BMLR yang berlangsung di taman tema tersebut di Bukit Merah, Bagan Serai, semalam.

BAGAN SERAI, SABTU, 10 Mac, 2012: Karnival 'Moh Lenjun' anjuran Kumpulan Utusan dan Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) yang bermula hari ini berlangsung penuh meriah dengan kehadiran kira-kira 10,000 pengunjung.

Cuaca cerah membolehkan pengunjung datang seawal pukul 9 pagi ke Taman Tema Air BMLR seluas 4.4 hektar yang menyediakan pelbagai aktiviti keluarga khusus sempena cuti persekolahan yang baru bermula.

Antara yang menjadi tumpuan pengunjung termasuklah permainan gelongsor air, kolam ombak, 'Giant Wet Bubble', 'Lazy River' dan 'Giant Tube Slides' serta taman air kanak-kanak 'Kids Adventure River' dan 'Kids Perak Mining Pool'. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment