My Add

Wednesday 7 March 2012

Kastam sasar kutip RM32 bilion

AHMAD Husni Hanadzlah (tengah) melawat gerai-gerai pameran selepas merasmikan Forum Inovasi dan Teknologi Organisasi Kastam Dunia Ketiga di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, SELASA, 06 Mac, 2012: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyasarkan untuk membuat kutipan cukai tidak langsung sebanyak RM32 bilion pada tahun ini, sekali gus menyumbang kepada peningkatan perolehan negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf berkata, pihaknya telah mencapai kutipan cukai tidak langsung tertinggi pada tahun lalu iaitu RM30.4 bilion.

Beliau berkata, pada dua bulan pertama tahun ini sahaja, JKDM berjaya mengutip cukai sebanyak RM5 bilion.

Katanya, peningkatan kutipan disumbang oleh kecekapan penguatkuasaan, sistem maklumat berkesan selain penggunaan mesin-mesin berteknologi tinggi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment