My Add

Monday 12 March 2012

Kaum India jangan salah pilih kerajaan

PORT DICKSON, ISNIN, 12 Mac, 2012: Kaum India di negara ini diingatkan agar berhati-hati ketika memilih kerajaan pada pilihan raya umum akan datang agar tidak menyesal di kemudian hari.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata, pilihan harus dibuat bukan saja berdasarkan rekod dan kejayaan dalam mentadbir negara, tetapi juga sumbangan terhadap semua kaum.

"Nak ubah kerajaan ini senang tapi kita kena fikir risiko yang akan dihadapi. Oleh itu, jangan mudah terpedaya dengan janji pihak pembangkang. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, saya minta kaum India supaya mengundi Barisan Nasional (BN) 100 peratus,” katanya di sini malam tadi.

D'Cruz juga berkata, berdasarkan maklum balas, sokongan kaum India kepada BN semakin meningkat, khususnya di kawasan estet dan luar bandar.

Terdahulu ketika berucap, D'Cruz berkata, program Komuniti Sihat 1Malaysia bertujuan memberi kesedaran kesihatan dan mewujudkan masyarakat yang sihat.

Program sehari itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti rawatan kesihatan, pameran kesedaran kesihatan, sukan rakyat, lawatan kesihatan dari rumah ke rumah dan malam kebudayaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment