My Add

Sunday 18 March 2012

KDN, China bersama kekang pelacuran

KLUANG, SABTU, 17 Mac, 2012; Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjalin kerjasama dengan China untuk mewujudkan sistem baru bagi menangani masalah kemasukan warga negara Tembok Besar itu ke Malaysia yang melakukan aktiviti jenayah terutamanya pelacuran.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sistem itu diyakini dapat mengenal pasti antara penjenayah dan pelancong sebenar.

"Dalam konteks dua hala, saya sudah bincang dengan rakan sejawat di China untuk tangani masalah 'at source' (di negara sumber iaitu China) dan kita akan umumkan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Mesra Rakyat bersama Usahawan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Parlimen Sembrong di Felda Ulu Belitong, dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment