My Add

Wednesday 7 March 2012

KDN nafi keluar surat kelulusan khas proses pemutihan pati

PUTRAJAYA, RABU, 07 Mac, 2012: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menasihatkan majikan yang menggaji pekerja asing tanpa izin agar tidak terpedaya dengan surat kelulusan khas bagi proses pemutihan Program 6P yang diguna pihak tertentu untuk mengutip wang.

Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Mahmood Adam berkata KDN menerima laporan mengenai kewujudan surat tersebut yang kononnya ditandatangani Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Perkara itu dijadikan modal pihak tertentu di Cameron Highlands untuk mengutip wang daripada majikan, khususnya pemilik ladang teh dan pekebun sayur, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

"Kelulusan bagi proses pemutihan hanya boleh dikeluarkan agensi kawal selia selepas selesai semua prosedur ditetapkan di sembilan pusat setempat yang kini beroperasi meneruskan proses pemutihan secara pentadbiran sehingga 10 April ini,” katanya.

Beliau juga menegaskan sebarang surat sokongan tidak terpakai dan setiap majikan harus melalui prosedur yang ditetapkan di pusat setempat.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment