My Add

Thursday 22 March 2012

KDN yakin kekang aktiviti dokumen palsu - Hishammuddin

KUALA LUMPUR, RABU, 21 Mac, 2012: Kementerian Dalam Negeri (KDN) yakin dapat mengekang aktiviti penggunaan dokumen palsu oleh warga asing ke negara ini melalui Sistem Penguatkuasaan Kebangsaan dan Sistem Pendaftaran.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata, cap jari serta biodata setiap warga asing akan disimpan secara elektronik di dalam pangkalan data yang digunapakai secara holistik oleh agensi dan jabatan berkenaan.

"Data-data itu tidak boleh diubah dan maklumat identiti individu warga asing akan disimpan secara kekal.

"Ini secara langsung dapat mengekang penggunaan dokumen perjalanan palsu berdasarkan identiti seseorang individu," katanya ketika menjawab soalan Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) pada sesi Dewan Rakyat, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment