My Add

Tuesday 13 March 2012

Keadaan seperti dilanda tsunami

Oleh KAMIL MASLIH

KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 Mac, 2012: Bagaikan dilanda tsunami! Begitulah gambaran kawasan rekreasi Taman Rimba Ampang di Bukit Belacan, Ampang, dekat sini yang mengalami kerosakan teruk selepas dilanda banjir Rabu lalu.

Banjir tersebut meninggalkan keadaan berlumpur di sekitar kawasan rekreasi itu di samping kerosakan yang ketara pada benteng-benteng sungai yang runtuh serta jalan dan laluan pejalan kaki yang rosak teruk.

Biarpun kawasan rekreasi yang menjadi tempat warga kota mandi-manda itu sudah semakin pulih melalui kerja-kerja pembersihan yang dilakukan, air sungai di kawasan itu masih keruh akibat banjir minggu lalu.

Tinjauan yang dilakukan turut mendapati banyak batang pokok yang tumbang dan hanyut akibat kejadian banjir tersebut dan kawasan taman permainan serta beberapa pondok di kawasan itu juga mengalami kerosakan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment