My Add

Wednesday 14 March 2012

Kediaman kami rosak teruk'

RAMLIAbu Kassim menunjukkan kerosakan teruk rumahnya akibat banjir kilat yang melanda Lembah Jaya Utara, Ampang, minggu lalu.

Oleh KAMIL MASLIH

AMPANG, SELASA, 13 Mac, 2012: Mangsa banjir di sekitar Lembah Jaya Utara meminta bantuan ihsan daripada kerajaan untuk membaiki kembali kediaman mereka yang rosak teruk akibat bencana banjir Rabu lalu.

Seorang penduduk, Ramli Abu Kassim, 62, berkata banjir tersebut telah meninggalkan kesan trauma kepada seluruh keluarganya kerana menyaksikan sendiri separuh daripada rumah kayu mereka dihanyutkan arus banjir.

"Dalam tempoh kira-kira dua jam, air dari sungai naik mendadak dan dinding rumah kami pecah kerana dipukul arus kuat.

"Sekarang ini, keluarga saya tinggal sehelai sepinggang dan kami terpaksa menumpang di rumah anak kerana rumah dan semua barang habis rosak akibat banjir itu," kata pesara polis itu yang telah menetap di Lembah Jaya Utara sejak 40 tahun lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment