My Add

Tuesday 20 March 2012

Kehadiran Hasan Ali curi tumpuan

SHAH ALAM, ISNIN, 19 Mac, 2012: Kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr. Hasan Ali mencuri tumpuan ahli dewan, pengamal media dan para jemputan yang hadir pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kali ini.

Ini merupakan kali pertama bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri itu hadir sebagai wakil rakyat Bebas selepas beliau digugurkan daripada jawatan itu pada Januari lalu ekoran pemecatannya daripada Pas.

Hasan dipindahkan ke bahagian belakang kawasan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) manakala tempat duduknya sebelum ini digantikan oleh seorang lagi Exco kerajaan negeri dari Pas iaitu Ir. Iskandar Abdul Samad yang juga merupakan ADUN Cempaka.

Ketika ditemui pemberita, Hasan berkata, beliau akan terus membawa perjuangan memartabatkan Islam, Melayu dan Raja-raja (IMR) dalam sidang DUN. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment