My Add

Monday 5 March 2012

Kekalkan sikap berdaya saing

NAJIB Tun Razak ketika melancarkan Sekretariat Gedung NGO@KPWKM pada Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Kar1sma) NGO anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR

KUALA LUMPUR, AHAD, 04 Mac, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan terus memperkasakan konsep jaringan keselamatan sosial rakyat di negara ini agar setiap lapisan masyarakat kekal berdaya saing.

Perdana Menteri menegaskan, usaha itu termasuk mendengar keluhan setiap lapisan masyarakat untuk dipertimbangkan, seterusnya menyediakan pelbagai bentuk peluang dan skim bagi memastikan kesejahteraan mereka.

Kata beliau, ia amat berbeza dengan konsep welfare state yang banyak diamalkan di negara maju sehingga menyaksikan negara berkenaan mengalami ketidaktentuan serta kemelesetan ekonomi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment