My Add

Tuesday 13 March 2012

Kelab bola sepak Persib Bandung disenarai di bursa saham

JAKARTA, SELASA, 13 Mac, 2012: Persib Bandung bakal menjadi kelab bola sepak pertama disenaraikan di bursa saham Indonesia apabila sebahagian daripada sahamnya ditawarkan kepada awam dalam tempoh setahun ini.

Kelab bola sepak dari Jawa Barat yang mempunyai nama julukan “Maung Bandung" itu bercadang menjual 45 peratus daripada saham syarikat PT Persib Bandung Bermartabat (PBB) ke Bursa Efek Indonesia.

"Insya Allah antara 6 hingga 12 bulan ke depan kita go public atau IPO (Initial Pubic Offering). Ini baru pengumumannya bahawa kita mau memulai menuju IPO,” kata Muhammad Farhan, Pengarah Promosi dan Pemasaran Persib Bandung kepada portal berita detik.com, pada Selasa.

Beliau berkata, pada masa ini belum semua pemegang saham Persib yang telah menyatakan persetujuan dengan rancangan IPO itu.

Sebanyak 70 peratus saham Persib dipegang oleh PT Surya Eka Perkasa milik Glen Sugita, bekas atlet Tenis Jawa Barat manakala baki 30 peratus lagi dipegang oleh lima individu dari Jawa Barat.

"Mengikut rancangan, dananya akan kita gunakan untuk membangun mess dan tempat latihan berstandard AFC,” kata Muhammad. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment