My Add

Wednesday 7 March 2012

Kelantan serahkan migrasi air kepada agensi pusat

KOTA BHARU, RABU, 07 Mac, 2012: Kerajaan Kelantan hari ini bersetuju melaksanakan migrasi air di bawah Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi memudahkan kerajaan negeri pimpinan Pas mendapatkan kemudahan pinjaman atau projek yang berkaitan daripada kerajaan pusat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Utiliti, Kerja Raya dan Alam Sekitar, Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata, keputusan itu tidak menjejaskan tanggungjawab Air Kelantan Sdn Berhad (AKSB) iaitu anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai badan pengendali urusan perkhidmatan bekalan air di negeri itu.

Sebuah Jawatankuasa Khas Teknikal yang dipengerusikan oleh beliau sedang meneliti dan menghalusi terma-terma dan syarat sebelum ditandatangani perjanjian berkaitan.

"Kita menjangkakan jawatankuasa teknikal ini akan mengambil masa tiga bulan untuk menyelesaikan segala perjanjian berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan exco yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini hari ini.

Md Anizam berkata, dengan keputusan yang dibuat di bawah Akta Industri Air Negara 2006 itu masalah bekalan air di Kelantan dijangka dapat diselesaikan pada tahun 2020.

Kini terdapat 197,000 pemegang akaun dengan AKSB yang menikmati kemudahan bekalan air di Kelantan.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment