My Add

Monday 19 March 2012

Kemelut Karpal-Ramasamy belum berakhir

PULAU PINANG, AHAD, 18 Mac, 2012: Pengerusi DAP, Karpal Singh menolak keputusan Jawatankuasa Disiplin parti itu yang membebaskan Timbalan Setiausaha Agung parti, Dr. P. Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II daripada tuduhan melanggar disiplin parti.

Menurut beliau, jawatankuasa itu tidak layak membuat keputusan tersebut kerana Ramasamy juga adalah salah seorang daripada ahli panel yang sama.

Katanya, ahli jawatankuasa disiplin parti sepatutnya berundur daripada kes itu dan membiarkan jawatankuasa baru ditubuhkan bagi mendengar kes berkenaan.

"Benih pemusnahan telah pun disemai sejak dari awal. Mereka duduk dan membuat keputusan terhadap salah seorang daripada mereka," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Selain Ramasamy, tiga yang lain dalam jawatankuasa tersebut ialah Setiausaha Agung, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang; Naib Pengerusi Kebangsaan, Tan Kok Wai dan Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, Lim Hock Seng. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment