My Add

Monday 12 March 2012

Kemenangan bantuan asing

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA 

KUALA LUMPUR, AHAD, 11 Mac, 2012: Kemenangan besar pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008 bukan semata-mata kerana rakyat kecewa dengan kerajaan, sebaliknya ia hasil rancangan besar agensi perisikan antarabangsa selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon campur tangan asing.

Perkara tersebut didedahkan bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman (gambar) dan dakwa pemegang 'diari merah' ketua pembangkang itu, segala gerak kerja, propaganda, slogan dan serangan politik pembangkang ditentukan pihak asing yang dibiayai pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa, Friedrich Naumann Foundation (FNF).

Menurutnya, permohonan supaya campur tangan itu telah dihantar kepada pihak berkenaan melalui dua pucuk surat pada 2007.

Sambil mengesahkan bahawa surat tulisan Anwar kepada Presiden National Endowment for Democracy (NED), Carl Gershman dan penyangak mata wang berbangsa Yahudi, George Soros adalah benar, Rahimi berkata, badan perisikan antarabangsa itu juga menghantar lima utusan khas bagi membantu pembangkang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment