My Add

Sunday 4 March 2012

Kementerian, Puteri UMNO tanggung kos rawatan mangsa bom

MELAKA, AHAD, 04 Mac, 2012: Kementerian Kesihatan dan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bersetuju menanggung sepenuhnya kos rawatan dan perubatan Norasyikin Md Esa yang cedera parah selepas sebutir bom yang dihantar melalui satu bungkusan meletup di hadapan rumahnya di Kampung Ramuan China Besar, Lubok China di sini Khamis lalu.

Ketua Puteri UMNO Melaka, Mas Ermieyati Samsudin, berkata perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO.

"Bantuan ini diberikan kerana kementerian dan pergerakan amat bersimpati dan prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa lebih-lebih lagi mangsa adalah ahli pergerakan Puteri cawangan Ramuan China Besar," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di Hospital Besar Melaka di sini.

Beliau berkata, pihaknya juga akan membantu Norasyikin, 27, daripada pelbagai aspek khususnya dalam menangani trauma yang dihadapi akibat kejadian itu. 

Dalam kejadian 8.45 pagi Khamis lalu, Norasyikin cedera parah di jari, tangan, muka dan kaki selepas sebutir bom buatan sendiri yang berada di dalam bungkusan tertulis dengan nama abang wanita itu meletup ketika dipegang mangsa.

Berikutan kejadian itu, mangsa terpaksa menjalani pembedahan selama lebih satu jam untuk mengeluarkan serpihan akibat letupan tersebut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment