My Add

Tuesday 20 March 2012

Kenakan caj paling murah untuk internet luar bandar

KUALA LUMPUR, SELASA, 20 Mac, 2012: Syarikat telekomunikasi tempatan akan diminta mengkaji kemungkinan mengadakan caj paling murah untuk perkhidmatan jalur lebar bagi pelanggan di luar bandar.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, langkah itu akan membolehkan penduduk luar bandar menikmati kemudahan Internet dengan kadar yang lebih murah daripada kadar sedia ada.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada perhimpunan bulanan kementeriannya itu di Kompleks Sultan Abdul Samad di sini hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment