My Add

Wednesday 7 March 2012

Kenal pasti latar belakang sebelum kahwin dengan warga asing

GEORGETOWN, RABU, 07 Mac, 2012: Biro Perkidmatan Awam dan Aduan MCA Pulau Pinang menasihatkan orang ramai yang ingin berkahwin dengan warganegara asing supaya mengenal pasti latar belakang terlebih dahulu bagi mengelakkan isu sosial. 

Timbalan ketua biro itu, Lim Thoon Deong, berkata mereka perlu memastikan latar belakang sebelum perkahwinan kerana kebanyakkan warga asing berkahwin dengan penduduk tempatan demi mendapatkan visa dan permit kerja.

"Ramai warga asing berkahwin dengan penduduk tempatan demi mendapatkan kemudahan seperti hak untuk tinggal di sini atau bekerja, dan ini mewujudkan banyak masalah sosial," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment