My Add

Saturday 10 March 2012

Keputusan ganti 4X4 uzur munasabah

BAGAN DATOH, JUMAAT, 09 Mac, 201: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan kerajaan menggantikan semua kenderaan pacuan empat roda (4X4) yang digunakan perkhidmatan tentera adalah munasabah selepas mengambil kira beberapa faktor.

Menurutnya, antara isu paling penting mempengaruhi keputusan tersebut ialah kos berganda ditanggung kerajaan bagi menyelenggara kenderaan 4X4 sedia ada.

‘‘Sebelum ini, kita mengambil keputusan menggunakan kenderaan sedia ada seperti Pajero dan Land Rover tetapi memandangkan ia semakin usang, kos alat ganti dan penyelenggaraan naik sehingga tiga kali ganda.

‘‘Keputusan ini sebenarnya menjimatkan sehingga dua pertiga kos penyelenggaraan yang terpaksa ditanggung kerajaan, jadi kita fikir ia adalah keputusan munasabah,” katanya kepada pemberita selepas melawat ladang Lembaga Koko Malaysia di Sungai Dulang, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment