My Add

Sunday 4 March 2012

Kerajaan akan dekati NGO: Najib

KUALA LUMPUR, AHAD, 04 Mac, 2012: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan turun mendekati badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang peranannya pada masa kini diiktiraf semakin penting dalam memperjuangkan kepentingan masyarakat. 

Perdana Menteri berkata, kerajaan yang menyedari NGO sebagai kuasa baru yang semakin meningkat berikutan ledakan maklumat dan era globalisasi, mahu menjadikan NGO sebagai rakan kongsi strategik dalam memperjuangkan kesejahteraan rakyat.

"NGO-NGO adalah rakan di peringkat akar umbi yang mempunyai kepimpinan yang secara sukarela menghadiahkan masa dan tenaga mereka untuk mencapai objektif kumpulan masing-masing sama ada memperjuangkan soal hak wanita, OKU dan perlindungan kepada kanak-kanak atau apa jua kepentingan.

"Maka mereka ini adalah sebahagian daripada masyarakat kita yang bertambah lebih penting hari ini daripada masa-masa yang lalu," katanya ketika merasmikan Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) NGO bersama Perdana Menteri di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, hari ini. 

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. 

Najib berkata: "Kita perlu membawa kerajaan lebih dekat lagi dengan NGO, kita perlu menentukan bahawa kita tidak menantikan mereka datang pada kita. 

"Kita menyemarakkan lagi program outreach kita dan kita memastikan bahawa apa juga keputusan kita dibuat untuk cara mempermudahkan apa jua pertolongan kepada golongan yang amat memerlukan pertolongan daripada kerajaan." - BERNAMA

No comments:

Post a Comment