My Add

Monday 12 March 2012

Kerajaan Kelantan akan bina stadium, selain stadium Kafa

KOTA BHARU, ISNIN, 12 Mac, 2012: Kerajaan Kelantan akan meneruskan cadangan membina stadium sendiri walaupun Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bercadang membina sebuah bernilai RM300 juta di Bandar Baharu Tunjung.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmood berkata, keputusan Kafa itu tidak menjejas cadangan asal kerajaan negeri.

"Ada lebih banyak stadium lebih baik dalam usaha kerajaan membangunkan bidang sukan bola sepak di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah Cakna Rakyat Kelantan 2011, di Dewan Teratai Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa mengumumkan kerajaan negeri akan membina stadium sendiri menerusi projek bersepadu secara penswastaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Katanya, pembinaan stadium bersekali projek lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu itu adalah berikutan kegagalan kerajaan negeri berunding dengan Kerajaan Pusat untuk membina stadium terbesar di Bandar Baru Tunjung kerana melibatkan kos yang tinggi.

Pada 25 Februari lepas, Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata, pihaknya akan membina stadium itu di atas tanah seluas kira-kira lapan hektar di bandar baharu itu. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment