My Add

Wednesday 14 March 2012

Kerajaan Pahang tak muflis - MB

TEMERLOH, RABU, 14 Mac, 2012: Orang ramai khususnya rakyat negeri Pahang tidak harus terpedaya dengan dakwaan pembangkang kononnya kerajaan negeri sudah muflis serta tidak mampu lagi membantu rakyat dan melaksanakan projek pembangunan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata, tohmahan kononnya kerajaan negeri terpaksa meminjam dan menanggung bebanan hutang akibat boros berbelanja adalah tidak benar sama sekali.

"Kita mempunyai pelbagai punca kewangan daripada pelbagai sumber termasuk cukai yang dibayar oleh pelabur, peniaga, cukai tanah dan lain-lain.

"Daripada pelbagai hasil itulah membolehkan kerajaan berbelanja dan membantu rakyat serta melaksanakan projek pembangunan.

“Ini membuktikan tuduhan pembangkang kononnya kerajaan bankrap merupakan fitnah dan pembohongan semata-mata," katanya ketika menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 4,000 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri Semantan di sini.

Adnan berkata, dakwaan oleh pembangkang itu hanya bertujuan untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat sedangkan pembangkang sendiri tidak melakukan sebarang kebaikan kepada rakyat.

"Kerajaan negeri memberi subsidi bagi mengurangkan bayaran bil air rakyat selain memperuntukkan RM192 juta bagi membiayai pembangunan pendidikan tahun ini.

"Jika kerajaan bankrap tidak mungkin kita dapat melakukan semua ini," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment