My Add

Sunday 18 March 2012

Kerajaan pastikan tentera capai kesiapsiagaan - Muhyiddin

MELAKA, SABTU, 17 Mac, 2012: Kerajaan akan memastikan Angkatan Tentera Malaysia sebagai pasukan keselamatan yang mencapai kesiapsiagaan dan daya juang tinggi walaupun negara pada masa ini tidak menghadapi krisis yang boleh mengancam keselamatan secara langsung.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pada masa yang sama perhatian kepada pembangunan ketenteraan dan kebajikan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan diberi perhatian.

"Ini bukan sahaja dengan memperbaiki infrastruktur seperti tempat dan kediaman pada tentera, kemudahan selesa di tempat kerja dan memenuhi keperluan dan kebajikan para pejuang dan perajurit kita,” katanya ketika berucap pada program Ramah Mesra dengan Warga Tentera di Kem Terendak, di Sungai Udang di sini petang ini.

Muhyiddin berkata, peranan angkatan tentera serta anggota polis amat penting bagi kesejahteraan dan keamanan negata.

Ujar beliau, tahap profesionalisme pasukan keselamatan terutama tentera harus sentiasa berada dalam keadaan baik bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada masa akan datang.

"Saya tabik kepada tuan-tuan yang bekerja keras berjuang bermati-matian mempertahankan negara daripada apa saja anasir-anasir yang boleh merosakkan pembangunan dan kemajuan yang kita capai,” katanya.

Beliau berkata tentera juga berperanan membantu masyarakat sebagaimana dasar kerajaan dalam Strategi Lautan Biru, yang mengambil kira peranan dan kepakaran angkatan itu. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment