My Add

Friday 9 March 2012

Kerajaan Persekutuan salur bantuan mangsa banjir

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 08 Mac, 2012: Kerajaan berjanji semua mangsa banjir kilat yang melanda sekitar kawasan Lembah Klang dan Hulu Langat, Selangor malam tadi akan diberi bantuan sewajarnya bagi meringankan beban mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang bekerjasama dengan agensi kerajaan lain membuat bancian dan mengumpulkan maklumat mengenai mangsa bencana itu.

Menurut beliau, bantuan akan diberi tidak mengira sama ada mangsa dari kawasan di negeri yang ditadbir pembangkang seperti Hulu Langat atau yang ditadbir kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Sebenarnya bantuan telah mula disalurkan oleh kerajaan Persekutuan seperti makanan dan pakaian manakala tempat tinggal sementara diuruskan secara sistematik," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment