My Add

Tuesday 6 March 2012

Kerajaan sedia kabin sebagai pusat kawalan SRS

KUANTAN, SELASA, 06 Mac, 2012: Kerajaan menerusi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional menyediakan 90 kabin berfungsi sebagai pusat kawalan Skim Rondaan Sukarela (SRS) untuk kemudahan peronda di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azman Amin Hassan, berkata daripada jumlah itu, Pahang adalah negeri penerima terbanyak iaitu 29 kabin yang bernilai RM75,000 setiap satu.

"Ini diikuti Kelantan, Kedah dan Johor. Kabin hasil sentuhan pihak Universiti Teknologi Mara itu boleh memuatkan 30 orang pada satu-satu masa," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Pusat Kawalan Skim Rondaan Sukarela peringkat Pahang yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob di sini, malam tadi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment