My Add

Saturday 10 March 2012

Kerajaan selangor dicabar beku tender kutip sampah

SHAH ALAM, JUMAAT, 09 Mac, 2012: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dicabar membekukan keputusan pemberian tender mengutip sampah di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri ini dalam tempoh 48 jam bermula hari ini ekoran dakwaan terdapat penyelewengan dan unsur rasuah.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Datuk Dr. Jacob George berkata, sekiranya kerajaan negeri gagal berbuat demikian, persatuan itu yang mencetuskan isu tersebut akan menjelajah seluruh negeri bagi menjelaskan kepada rakyat berhubung penyelewengan dan dakwaan salah guna kuasa melibatkan tender berkenaan.

Menurutnya, dakwaan itu bukan rekaan sebaliknya dapat dibuktikan melalui dokumen yang diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

‘‘Kita berharap SPRM dapat membuat siasatan berdasarkan dokumen yang dikemukakan itu dan menasihatkan kerajaan negeri apa yang perlu dilakukan bagi memastikan proses pemberian tender berkenaan tidak mempunyai unsur rasuah," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment