My Add

Tuesday 13 March 2012

Kerajaan sentiasa adil kepada pelabur tempatan – Mustapa

KUALA LUMPUR, SELASA, 13 Mac, 2012 Persepsi umum yang menggambarkan bahawa kerajaan memberi layanan yang lebih istimewa kepada pelabur asing berbanding pelabur tempatan adalah tidak benar, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, kerajaan sentiasa memberi layanan yang sama rata kepada pelabur tempatan dan pelabur asing bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

"Pelabur asing diberikan galakan berdasarkan kepada jenis industri seperti industri yang strategik, bidang-bidang baharu dan berteknologi tinggi seperti sektor sumber tenaga alternatif, elektronik canggih, bioteknologi, fotonik, peralatan perubatan, aeroangkasa dan petrokimia,” katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang ingin tahu langkah dan insentif kementerian untuk merangsang Pelaburan Langsung Domestik (DDI) seiring dengan keistimewaan yang diberikan kepada Pelaburan Langsung Asing (FDI) serta usaha untuk meningkatkan FDI disebabkan kekurangan tenaga mahir, teknologi di tahap rendah, kerenah birokrasi dan industri kecil sederhana tidak matang.

Mustapa berkata menyedari terdapat persepsi perbezaan di antara DDI dan FDI, kerajaan sedang mengkaji beberapa cadangan untuk membantu pelabur domestik bagi meningkatkan pelaburan mereka di Malaysia. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment