My Add

Saturday 17 March 2012

Kerjasama dengan KAF memang wujud

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 16 Mac, 2012: Dakwaan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta bantuan serta menjalin kerjasama dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kaitan dengan Yahudi iaitu Konrad Adeneur Foundation (KAF) bukanlah tuduhan melulu.

Sebaliknya, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman memberitahu, KAF memang telah lama membantu PKR dalam bentuk bantuan dana kepada Institut Kajian Dasar (IKD) yang merupakan penjana idea kepada Anwar serta parti itu.

Rahimi turut mengesahkan segala dakwaan yang dibuat oleh Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed semalam berhubung hubungan Anwar, PKR dan KAF adalah benar.

"Saya mengesahkan segala dakwaan yang dibuat oleh Datuk Seri Mohd. Zin itu kerana pada pengetahuan saya, memang KAF terlibat secara aktif membantu PKR dan beberapa NGO lain yang pro pembangkang.

"Alasan KAF membantu parti itu dan Anwar adalah kononnya untuk menyuburkan demokrasi dan liberalisme di negara ini.

''Bagaimanapun kita perlu memahami bahawa sekiranya mereka (pembangkang) menang (pilihan raya), pasti akan ada campur tangan asing dalam urusan pentadbiran negara," katanya kepadaUtusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Mohd. Zin semalam bahawa PKR meminta bantuan KAF untuk memenangi pilihan raya di negara ini.

Mohd. Zin berkata, KAF merupakan sebuah pertubuhan yang membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui sebuah jawatankuasa yang dikenali American Jewish Committee (AJC) dan dipercayai menerima dana daripada National Endownment for Democracy (NED) yang turut didakwa mempunyai kaitan dengan Anwar.

Beliau memberitahu, dalam membantu PKR, KAF dikatakan menggerakkan operasi di negara ini melalui dua pendekatan yang dikenali sebagai 'dialog politik' termasuk ceramah dan 'pembangunan media' untuk merealisasikan agenda tersebut.

Katanya, selain KAF, salah satu cabang di bawah NED iaitu National Democratic Institute for International Affairs (NDI) didakwa turut terlibat secara langsung membantu PKR dan Anwar dari sudut pemberian dana dan buah fikiran untuk menguasai politik di negara ini.

Seorang lagi bekas Setiasuaha Sulit Anwar, Anuar Shaari turut mengesahkan kerjasama berkenaan.

Malah, beliau mendakwa Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar turut mengetahui serta terlibat dengan kerjasama itu sewaktu bersama IKD.

"Apa yang didedahkan itu memang benar-benar berlaku dan ia bukanlah perkara baru. Kursus kepimpinan PKR di peringkat negeri dan cabang juga banyak menerapkan perkara-perkara seperti dinyatakan oleh Mohd. Zin," jelasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment