My Add

Thursday 15 March 2012

Kes baru HFMD di Sarawak menurun kepada 72

KUCHING, RABU, 14 Mac, 2012: Kes baru penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dI Sarawak menurun kepada 72 kes hari ini selepas mencatatkan peningkatan mendadak sebanyak 131 kes semalam, kata Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr. Zulkifli Jantan.

Beliau berkata, penurunan kes dilaporkan di Kuching daripada 47 kes semalam kepada 17 kes hari ini, Samarahan (13 kepada lapan) , Sri Aman (12 kepada lima), Betong (tiga kepada dua), Sibu (10 kepada tujuh), Kapit (12 kepada sifar) dan Bintulu (12 kepada tiga.

Bagaimanapun, kes HFMD dilaporkan meningkat di Sarikei daripada lima kes semalam kepada enam kes hari ini, Mukah (daripada tujuh kepada 10) dan Miri (daripada tiga kepada enam), katanya dalam kenyataan hari ini.

Secara keseluruhannya, kes HFMD dilaporkan di negeri ini kini berjumlah 2,912 dengan Kuching mencatatkan jumlah tertinggi dengan 1,031 kes, Samarahan (348), Bintulu (346), Miri (221), Limbang (188), Betong (168), Sarikei (152), Sri Aman (124), Sibu (123), Kapit (118) dan Mukah (93).

Katanya, daripada jumlah itu, 202 kes memerlukan rawatan di hospital tetapi semua kes itu tidak serius. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment