My Add

Saturday 10 March 2012

Kes HFMD di Sarawak semakin menurun

KUCHING, SABTU, 10 Mac, 2012: Sejumlah 103 kes baru penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) dilaporkan di Sarawak hari ini berbanding 120 kes semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan negeri, daerah yang mencatatkan penurunan kes ialah Kuching dengan 48 kes baru, Samarahan (18), Miri (lima), Kapit (tiga), Mukah (dua) dan Sri Aman (satu).

Bagaimanapun, jumlah kes baru mencatatkan peningkatan di Sarikei dengan lima kes diikuti Sibu (empat) dan Limbang (enam), menurut kenyataan itu.

Jumlah kes baru di Betong dan Bintulu kekal sama seperti semalam, masing-masing dengan tiga dan lapan kes.

Terdapat 2,635 kes HFMD dilaporkan setakat ini dengan Kuching mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 941 kes diikuti Bintulu (326), Samarahan (320), Miri (202, Limbang (167), Betong (161), Sarikei (137), Kapit (105), Sri Aman (103), Sibu (100) dan Mukah (73). — BERNAMA

No comments:

Post a Comment