My Add

Wednesday 21 March 2012

Kes kehilangan gadis selesai tempoh terdekat

Oleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM

MELAKA, RABU, 21 Mac, 2012: Kes kehilangan pelajar perempuan tingkatan tiga yang dikatakan diculik di Kuantan, Pahang Ahad lalu dijangka selesai dalam tempoh terdekat setelah polis mendapat beberapa petunjuk positif berhubung kes itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar percaya, kehilangan Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akan terjawab beberapa hari lagi dan berharap masyarakat terutamanya keluarga gadis itu supaya bersabar.

“Saya dimaklumkan bahawa pasukan penyiasat hampir menyelesaikan kes itu dan dalam tempoh dua, tiga hari lagi dan Ketua Polis Daerah Kuantan akan mengumumkan khabar gembira mengenai kes itu,” katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment