My Add

Thursday 8 March 2012

Kes Sosilawati: Nasib empat tertuduh diketahui 30 April

SHAH ALAM, KHAMIS, 08 Mac, 2012: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 30 April ini untuk memutuskan sama ada bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya dibebaskan atau dipanggil membela diri terhadap tuduhan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Akhtar Tahir juga menetapkan 4 dan 5 April ini untuk pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukakan hujah masing-masing.

Akhtar menetapkan kesemua tarikh berkenaan selepas dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff bahawa pihak pendakwaan menutup kes setelah 108 saksi pendakwaan selesai memberi keterangan. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment