My Add

Sunday 18 March 2012

Ketegasan Jakim beri kesan positif

KUALA LUMPUR, SABTU, 17 Mac, 2012: Ketegasan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dalam melaksanakan peraturan berkaitan logo dan sijil halal dilihat bakal memberi kesan positif kepada semua pengguna termasuk bukan Islam.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, pemberian sijil halal diberikan setelah dinilai dari segala aspek termasuk hukum agama, kebersihan, kesihatan dan kemudaratan.

“Halal adalah isu penting dalam Islam kerana kita dituntut untuk mencari yang halal dan sekiranya melalui proses penyediaan yang tidak halal, maka ibadah kita tidak diterima selama 40 hari.

“Sijil halal juga diberi setelah dinilai melalui beberapa aspek. Selain mematuhi hukum dalam Islam, pengusaha juga dinilai dari segi penyediaan kerana jika tidak bersih, ia pasti membawa kemudaratan kepada pengguna,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment